Labels

Tuesday, 10 January 2012

Buku YaNg SaYa Suka.. hehehehe

sememang lumrah hidup manusia itu berpasang-pasangan... setiap manusia ada pasangan nya masing2... sesungguhnya jodoh kta itu telah ditetapkn sebelum kita lahir ke dunia ini... buku yng saya baca nie bekaitan dngn tips utk mencari jodoh yng dredhai Allah SWT, insyaAllah... di dalam buku nie ada cara utk memilih calon suami dan isteri.. terdapat juga tips2 utk menjadi isteri yng solehah.. buku ini juga ada kisah2 unik yng berkaitan dengan jodoh, seperti Nabi Musa Bertemu Jodoh di Kota Madyan, Bertemu Jodoh Ketika Mahu Bunuh Diri...
terdapat doa2 untk solat sunat isthikarah untuk membuat pilihan yng terbaik utk hidup kita... di sini saya lampirkan sedikit informasi berkenaan buku yang saya suka ni... Tajuk buku ini ialah "Ya Allah, Diakah Jodohku"..hasil karya Burhan Sodiq


Ya Allah, Diakah Jodohku
oleh Burhan Sodiq
ISBN 978-967-361-024-2
Tarikh Terbit: Sept. 2011
Jumlah Muka Surat: 236

___Sinopsis_________________________________________________
Islam memahami bahawa manusia tidak mungkin boleh hidup bersendirian. Dia memerlukan teman, bahkan lebih daripada sekadar teman. Dia memerlukan suami, dia juga memerlukan isteri. Dialah manusia. Manusia yang ditakdirkan untuk memiliki dan dimiliki. Bersandar dan disandari, saling menyayangi dan saling mencintai.
Setiap orang punya keinginan menyempurnakan agamanya dengan mendirikan rumah tangga, tetapi sukar menemui pasangan yang sesuai. Ada beberapa sebab misi mencari jodoh menemui kesukaran:
· Tidak tahu kriteria yang diimpikan
· Tahu kriteria idaman tetapi tidak tahu bagaimana mencarinya
· Kriteria yang terlalu tinggi
· Hanya menunggu, menunggu dan terus menunggu
Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.
Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.




No comments:

Post a Comment