Labels

Monday, 30 January 2012

Matahari Hilal AsyRaf

merupakan sebuah buku himpunan cerpen-cerpen tarbiah buat pengajaran dan panduan untuk semua hasil karya Hilal Asyraf...

matahari

Sinopsis
Menghimpunkan 18 buah cerpen tarbiah yang mempunyai pelbagai tema iaitu alam persekolahan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan dan umum. Cerpen Matahari 1; Matahari 2; dan Bulan ini berlatarbelakangkan alam persekolahan; cerpen Tidak Ingin Kau Pergi dan A.I.E. berkenaan sahabat di universiti manakala Mencari Ilahi berkenaan dua orang yang awalnya tidak sependapat tetapi akhirnya menjadi sahabat. Cerpen Ekspedisi Cinta; H.I.V.; Menjemput Bidadari; dan Masyitah ini berkisarkan mengenai perjalanan dan konsep cinta mengikut syarak yang berlainan pengakhiran. Cerpen Ikhlas berkenaan dengan ibu dan anak perempuannya; Kisah Seorang Arnav berkenaan dengan bapa dan anak lelakinya; manakala Hari-hari Terakhir berkenaan dengan suami isteri, ibu bapa dan mentua. Cerpen Warkah Dari Palestina dan Aku Memanggil Kamu berlatarbelakangkan peperangan; Mana Tuhan Kamu mempunyai latarbelakang peristiwa yang bakal terjadi; Sang Penyeru ada unsur kisah dakwah nabi-nabi terdahulu manakala 999+1 pula seakan konsep Sang Penyeru, bezanya ialah cerpen ini berlandaskan kisah benar tetapi tidak diakhiri dengan kematian watak utama. Semua cerpen ini diletakkan di bawah tema bahagian umum.

Read more: Matahari | BBO http://belibukuonline.com.my/matahari/#ixzz1kxOlF61d

No comments:

Post a Comment